APA ITU PHEROMONE?
Percaya atau tidak, aroma
berperanan besar dalam daya tarik seseorang, khususnya yang berlawanan jenis.
Tapi tahukah Anda, Setiap orang mempunyai daya penarik unik bagi orang lain
dengan caranya yang misteri.
Mungkin Anda pernah melihat seseorang yang tidak kacak atau jelita, tapi banyak lawan jenis yang tertarik kepadanya? Besar kemungkinan orang ini (khususnya lelaki) mengeluarkan pheromone dalam jumlah yang lebih besar dan lebih mudah dikesan berbanding dengan lelaki lain!
Pheromone, setelah diuji pada
setiap spesis dari serangga hinggalah ke reptilia, digunakan sebagai daya
tarikan seks. Pada asasnya, pheromone adalah isyarat tarikan seksual bawah
sedar (sub-concious mind)
Sebuah
struktur khas yang terletak di sebelah dalam hidung yang disebut VNO
(Vomeronasal Organ) bertugas mengesan molekul pheromone yang tak berbau, yang
terjadi melalui keringat atau urin. Namun demikian, organ VNO ini hanya ada
pada sekitar 80% manusia. Sejumlah pengkaji mendapati organ ini tak berguna
disebabkan ianya tidak terpakai selama berabad-abad. Namun para pemikir
berpendapat sebaliknya.
Isyarat-isyarat
pheromone yang dikenali oleh organ ini kemudian dihantar melalui saraf tertentu
ke satu bahagian otak yang disebut hypothalamus, sebuah kawasan yang
dikenalpasti untuk mengubah emosi, hormon, reproduksi dan sudah tentu saja
perilaku seksual. Setakat ini terdapat tiga jenis pheromone pada manusia yang
berhasil dikesan iaitu androstenol, androstenone, dan copulins.

No comments:
Post a Comment